May 13, 2014

April / Mei 2014 - Penghantaran Ke Sabah

Assalamualaikum

Alhamdulillah urusan penghantaran ke sabah selesai.
Urusan agak lama sedikit kali ini.kerana kesulitan mendapatkan approval dari Veterinar semenanjung dan Veterinar di Sabah.
Terima kasih kepada En Azizul dan Jerry kerana berurusan dengan pihak kami.
Sedikit gambar-gambar saya akan update semasa tempoh membuat booking burung sehingga hantar ke Sabah.











April 14, 2014

Penghantaran pets ke sabah/sarawak menggunakan perkhidmatan MAS Kargo

Assalamualaikum
Berita baik untuk pecinta haiwan hiasan ( pets )
Saya membuka peluang kepada rakan-rakan pecinta haiwan-haiwan jinak seperti burung, kucing, sugar glider yang ingin menghantar haiwan kesayangan anda ke sabah , sarawak dan Brunei.
Pengalaman lepas telah pun berjaya menghantar haiwan kesayangan pelanggan ke sabah.
Kami menggunakan Profesional Services seperti MAS Kargo .
Proses untuk penghantaran mengambil masa lebih kurang 14 hari bekerja.
Proses tersebut termasuk :

1) Confirm Order selepas stock sampai ke tangan saya
2) Pembayaran ( Full )
3) Jabatan PERHILITAN untuk Proses membuat lesen
4) Jabatan Veterinar
5) Jabatan PERHILITAN Wilayah
6) Proses Permit Import di Veterinar negeri / negara pembeli
** Sabah ( Perlu membuat permit import terlebih dahulu di Jabatan Hidupan Liar Sabah)

7) Proses Permit Eksport di Jabatan Veterinar (Saya uruskan)
8) MAS Kargo untuk tempahan ticket.
9) Urusan terakhir untuk hantar ke Animal Hotel MAS Kargo.
10) Pembeli terima ( urusan kastam ) - Pembeli dikenakan sedikit bayaran oleh pihak KASTAM di Airport.




 Kami menghantar Pets anda ke Animal Hotel sebelum naik MAS Kargo


Contact Pokteh :  017-6410008
(Saya tidak lagi menggunakan no tel ini 013-3227141)